Manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Kita semua mempunyai gaya hidup dan taraf ekonomi yang berbeza. Sepanjang hidup kita, saya pasti kita semua pernah menipu seseorang demi keuntungan dan kebaikan diri kita. Begitu juga saya. Penipuan- penipuan seperti ini adalah logik jika kita banyak melakukannya sewaktu kecil kerana fikiran kita masih belum matang. Tetapi, adalah sadis lagi menyedihkan jika kita melakukan penipuan di saat kita sudah capai umur akil baligh. Ini adalah suatu perkara yang sangat kotor.
Saya faham kita semua mempunyai alasan disebalik setiap penipuan yang kita lakukan, tetapi saya tidak boleh menerima suatu penipuan itu sekiranya perkara ini dilakukan oleh individu yang dipercayai. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana seseorang itu sanggup menipu orang yang dikenalinya sendiri. Lagi-lagi apabila orang itu besungguh-sungguh akan perkara yang diberitahu kepadanya itu.
Saya teringat sebuah kisah dimana seorang raja mengarahkan agar rakyatnya menghamparkan permaidani agar kakinya terpelihara, tetapi adalah lebih baik jika raja itu mengusahakan agar dihasilkannya sepasang kasut yang boleh dipakainya agar kakinya tidak kotor. Dengan cara ini, dia tidak membebani rakyatnya demi kepentingannya sendiri.